PENGENALAN KURSUS

Salah satu langkah yang diambil oleh Jabatan Pendidikan Khas bagi mewujudkan kursus yang berpotensi dipasaran kerja dikalangan murid istimewa adalah Kursus Refleksologi. Kursus ini diperkenalkan buat pertama kali khusus untuk pelajar masalah penglihatan di SMPK Vokasional Indahpura, Kulaijaya, Johor. Dalam waktu yang singkat kursus ini telah melahirkan jururefleksologi yang berbiwaba setanding dengan tenaga kerja dipasaran terbuka. Setidak-tidaknya kursus ini telah membuka ruang potensi kerjaya yang bersesuaian dengan keistimewaan yang dimiliki pelajar-pelajar berkenaan.

VISI

Kursus refleksologi bertujuan melahirkan pelajar yang berkemahiran dan berketrampilan dalam bidang refleksologi dengan mengamalkan budaya kerja yang setiasa baik dan mengamalkan kesihatan dan kecergasan diri seseorang. Disamping itu setiap peserta kursus berjaya memiliki Sijil Kemahiran Malaysia yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran(JPK), Kementerian Sumber Manusia Malaysia.

MISI

Membimbing pelajar ke arah pencapaian kerjaya sebagai seorang jururefleksologi yang profesional.

SENARIO & LATAR BELAKANG

Pada pertengahan tahun 2003, tiga orang pegawai daripada Jabatan Pendidikan Khas telah dihantar ke Universiti Sukuba, Jepun untuk meninjau potensi dan kaedah pengajaran dalam bidang refleksologi dikalangan pelajar masalah penglihatan. Manakala pada masa yang sama sekumpulan tenaga pengajar terdiri iaitu 2 orang lelaki dan 2 orang perempuan telah dihantar mengikuti kursus dengan seorang juru latih Persatuan Orang-orang Buta Malaysia dari Nuri Reflexology, Kuala Lumpur selama empat bulan. Pada bulan Mac 2004 empat orang guru yang telah mengikuti kursus tersebut telah dihantar ke SMPK Vokasional Indahpura untuk menjadi perintis pelaksanaan kursus tersebut. Kumpulan pertama pelajar masalah penglihatan yang menjadi pelajar printis adalah terdiri daripada 4 orang pelajar lelaki dan 1 orang pelajar perempuan. Empat orang pelajar termasuk seorang pelajar perempuan datang dari Sabah. Seorang pelajar lelaki dari Johor Bahru. Dalam tempoh tersebut juga Unit Refleksologi telah berjaya memperolehi pengitikrafan sebagai Pusat Bertauliah daripada Jabatan Pembanguanan Kemahiran (dulunya MLVK), Kementerian Sumber Manusia Malaysia. Dengan pentaulihan tersebut membolehkan kumpulan pelajar tersebut memperolehi Sijil Kemahiran malaysia Tahap 2 setelah tamat kursus masing-masing.

KAEDAH P & P

Tenaga pengajar : Encik Soffri Bin Jusoh dan Cik Norlida Binti Ismail

Peruntukan waktu P&P adalah 25 waktu seminggu.

Quota pelajar 1 kelas bersama 10 orang pelajar sahaja bagi setiap pengambilan.

Syllabus adalah berdasarkan NOSS (Standard Pekerjaan Kebangsaan) yang disediakan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.

Guru-guru telah membangunkan Modul Refleksologi untuk P&P yang diperakui oleh JPK, Kementerian Sumber Manusia Malaysia.

Kaedah pengajaran meliputi Teori dan Amali.

Lawatan ke Pusat-pusat Refleksologi bagi tujuan pendedahan awal.( Rujuk Gambar)

Menyertai acara yang dikendalikan oleh pihak swasta dan Jabatan Kerajaan sebagai ‘public awareness’ dan keyakinan pelajar kepada pasaran terbuka. (Rujuk Gambar)

Bimbingan kerjaya – berkerja samada secara persendirian atau pusat-pusat refleksologi semasa cuti sekolah atau hujung minggu.

Kaedah pemantuan dengan menggunakan ‘Buku Log’ setiap kali melaksanakan tugas masing-masing.( Rujuk gambar)

Menjalani ujian teori dan amali setiap kali selesai sesuatu ‘task’ berdasarkan garis panduan JPK, Kementerian Sumber Manusia.

Menjalani kursus ‘Core Ability’ bagi memastikan setiap pelajar berupaya melaksanakan tugas sebagai seorang pekerja dari aspek komunikasi dan penggunaan komputer (ICT). Kursus ini wajib seprti yang ditetapkan oleh JPK, Kementerian Sumber Manusia.

Menduduki Pepriksaan Akhir (Teori dan Amali) yang dikendalikan oleh pihak JPK, Kementerian Sumber Manusia dengan kerjasama pakar dalam bidang berkenaan.

KOLEKSI GAMBAR ORENTASI & MOBILITI KURSUS REFLEKSOLOGI

KOLEKSI GAMBAR ORENTASI & MOBILITI KURSUS REFLEKSOLOGI

ORENTASI & MOBILITI KURSUS REFLEKSOLOGI

Pelapor : Mohd Shah Erwan Bin Mashoor

Laporan diterima database: 02-Jun-2010 01:23:55

Pada 26 dan 27 Mei 2010 yang lalu, murid-murid Kursus Refleksologi telah menjalani Program Orientasi dan Mobiliti ke Kuala Lumpur dengan menggunakan kenderaan awam.


Antara tempat yang dilawati adalah Jambatan Langit KLCC (Menara KLCC), Petrosains, Menara Kuala Lumpur, Pusat Refleksologi Nuri, Therapy Zone, dan pusat kawalan Monorel Kuala Lumpur.


Sepanjang program berlangsung, kami dapat merasai dan melalui pelbagai perkara baru. Berjalan di atas Menara Kuala Lumpur yang merupakan menara kelima tertinggi di dunia dan di Jambatan Langit KLCC dengan ketinggian 170m dari paras tanah memberikan pengalaman yang tidak mungkin didapati di tempat lain. Di Petrosains, kami dapat merasai kehidupan 10 000 tahun lampau sehingga zaman teknologi terkini di mana pelbagai hidupan dan teknologi di tunjukkan dalam bentuk sains yang sememangnya tidak boleh dipisahkan dalam hidup manusia. Lawatan ke Therapy Zone dan pusat Refleksologi Nuri pula memberikan kami tambahan ilmu dunia refleksologi dan semangat tinggi untuk berjaya serta bersaing dalam arus perdana seperti yang telah dilakukan oleh Pn Norimah, iaitu pemilik pusat Refleksologi Nuri.


Kami menggunakan kenderaan awam untuk bergerak sepanjang program ini berlangsung. Kami berpeluang untuk merasai pengalaman menaiki kapal terbang dua hala dari lapangan terbang Sultan Ismail ke Kuala Lumpur. Di sekitar Kuala Lumpur pula kami menggunakan perkhidmatan Kuala Lumpur Monorel Malaysia dan ERL ke KLIA.


Peluang berada di Kuala Lumpur tidak kami siakan dengan belajar menggunakan kemudahan pejalan kaki masalah penglihatan yang terdapat di kebanyakan tempat sekitar Kuala Lumpur.


Sememangnya Rakyat Malaysia mempunyai hati yang mulia dengan memberikan layanan yang baik kepada kami sepanjang program ini berlangsung. Pihak Kuala Lumpur Monorel Malaysia juga menyediakan beberapa pegawai keselamatan bagi mengiringi kami sepanjang menggunakan perkhidmatan monorel.


Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru yang menjayakan program ini kerana terdapat banyak perkara baru yang kami pelajari yang akan membantu kami menjalani kehidupan dengan lebih baik. Terima kasih juga diucapkan kepada Pengetua, Pn Hjh Khadijah kerana memberi kepercayaan dan peluang kepada kami untuk menjalankan program ini.

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KURSUS REFLEKSOLOGI MURID BERMASALAH PENGLIHATAN

Nor Hafis sedang melakukan latihan Refleksologi terhadap Mukhdis semasa P & P

Murid perempuan Masalah Penglihatan sedang melakukan Refleksologi di Makmal Refleksologi

Mohd Faris sedang melakukan Refleksologi pada Pn. Suhaili (Guru SMPKVIP)

Murid sedang membuat latihan Refleksolosi semasa P & P



GAMBAR PAMERAN REFLEKSOLOGI SEMPENA PROGRAM SMART KID 2008 DI PWTC 21-23 MAC 2008

FAIZ, NAZRI DAN IBRAHIM SEDANG MEMBUAT REFLEKSOLOGI
DENGAN PELANGAN

ALUMMI KEJAYAAN MURID REFLEKSOLOGI TAHUN 2008

ALUMMI KEJAYAAN MURID REFLEKSOLOGI TAHUN 2008