SENARIO & LATAR BELAKANG

Pada pertengahan tahun 2003, tiga orang pegawai daripada Bahagian Pendidikan Khas telah dihantar ke Universiti Sukuba, Jepun untuk meninjau potensi dan kaedah pengajaran dalam bidang refleksologi dikalangan murid masalah penglihatan.

Manakala pada masa yang sama sekumpulan tenaga pengajar terdiri iaitu 2 orang lelaki dan 2 orang perempuan telah dihantar mengikuti kursus dengan seorang juru latih Persatuan Orang-orang Buta Malaysia dari Nuri Reflexology, Kuala Lumpur selama empat bulan.

Pada bulan Mac 2004 empat orang guru yang telah mengikuti kursus tersebut telah dihantar ke SMPK Vokasional Indahpura untuk menjadi perintis pelaksanaan kursus tersebut. Kumpulan pertama murid masalah penglihatan yang menjadi pelajar printis adalah terdiri daripada 4 orang murid lelaki dan 1 orang murid perempuan.

Empat orang murid termasuk seorang murid perempuan datang dari Sabah. Seorang murid lelaki dari Johor Bahru. Dalam tempoh tersebut juga Unit Refleksologi telah berjaya memperolehi pengitikrafan sebagai Pusat Bertauliah daripada Jabatan Pembanguanan Kemahiran (dulunya MLVK), Kementerian Sumber Manusia Malaysia.

Dengan pentaulihan tersebut membolehkan kumpulan murid tersebut memperolehi Sijil Kemahiran malaysia Tahap 2 setelah tamat kursus masing-masing.

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KURSUS REFLEKSOLOGI MURID BERMASALAH PENGLIHATAN

Nor Hafis sedang melakukan latihan Refleksologi terhadap Mukhdis semasa P & P

No comments: